MENU

Program DIY Terrarium Kaktus (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 3/2017 telah diadakan pada 28 Mac 2017 (Selasa) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kanak-kanak kesedaran tentang kepentingan menjaga dan menanam pokok kepada alam sekitar, memberi peluang dan ruang khususnya aktiviti berkaitan menyayangi alam sekitar.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru, urusetia dan dengan kerjasama Jabatan Landskap dan Rekreasi Majlis Perbandaran Kajang.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

kaktus