MENU

Program DIY Topeng (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 1/2017 telah diadakan pada 13 Januari 2017 (Jumaat) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk kanak-kanak meluahkan ekspresi melalui lukisan dan warna di topeng. Selain itu juga menunjukkan minat kanak-kanak terhadap seni.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

topeng