MENU

Program DIY Wanita (Bengkel Membuat Face Mask & Mask Extender) Bil. 2/2020 telah diadakan pada 26hb Julai 2020 (Ahad) bertempat di Dewan Komuniti MPKj Taman Kantan Permai, Kajang. Program yang dianjurkan Majlis Perbandaran Kajang ini diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Kajang.

Program ini bertujuan untuk menarik minat dikalangan para wanita terutamanya penduduk kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang berfikiran secara kreatif di samping mempelajari kemahiran serta dapat menjana pendapatan seharian.

Seramai 30 orang peserta wanita yang hadir bagi mengikuti program DIY Wanita ( Bengkel Membuat Face Mask & Mask Extender) bil. 2/2020 ini. Aktiviti yang dijalankan adalah cara-cara membuat face mask dan mask extender dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini, dapat memberi manafaat dan kemahiran kepada wanita-wanita serta mengembangkan lagi bakat masing-masing.

diy