MENU

Program DIY Wanita (DIY Menggunting Rambut Wanita) Bil 4/2020 telah diadakan pada 12hb. September 2020 (Sabtu) bertempat di Balairaya Bukit Dukung (MPKK) Kajang. Program ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Pimpinan Ekonomi Hawa Selangor (NGO wanita) serta MPKK Bukit Dukung.

Program DIY Wanita (DIY Menggunting Rambut Wanita) Bil 4/2020 ini bertujuan untuk menarik minat mereka berfikiran secara kreatif di samping mempelajari kemahiran serta dapat menjana pendapatan seharian.

Kehadiran iaitu tenaga pengajar dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah cara – cara / teknik menggunting rambut, mewarnakan rambut beruban dengan menggunakan inai semulajadi.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kemahiran kepada wanita-wanita mengembangkan bakat masing-masing.