MENU

Program DIY Wanita (DIY Sanitiser Organik) Bil 3/2020 telah diadakan pada 8hb Ogos 2020 (Sabtu) bertempat di Dewan Komuniti Taman Kantan Permai, Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat dengan Kerjasama Pusat Wanita Berdaya Dun Kajang.

Program DIY Wanita (DIY Sanitiser Organik) Bil 3/2020 ini bertujuan untuk menarik minat mereka berfikiran kreatif di samping mempelajari kemahiran serta dapat menjana pendapatan seharian.

Sebanyak 30 orang yang hadir iaitu tenaga pengajar, peserta serta urusetia bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah cara membuat hand sanitiser organik.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kemahiran serta ilmu kepada wanita-wanita mengembangkan bakat masing-masing.