MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Integriti Majlis Perbandaran Kajang : “BDR vs PdPR” pada 29 September 2021 secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet” yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Encik Fairul Desa, Ketua Unit Penerangan Dan Pendidikan, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Selangor (LPPKN) dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di MPKj.

Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di MPKj. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan berkaitan kaedah Bekerja dari Rumah (BDR) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ianya juga untuk mendedahkan kaedah terbaik sebagai jalan tengah bagi mengimbangi antara BDR dan PdPR serta untuk berkongsi kaedah mengurus emosi dan keluarga dalam pelaksanaan BDR dan PdPR.

Diharap dengan adanya program ini, kakitangan mendapat maklumat yang berguna mengenai kaedah Bekerja dari Rumah (BDR) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan berintegriti.