MENU

Unit Integriti MPKj telah menganjurkan Program Integriti : Ceramah “Nilai Integriti Penjawat Awam” pada 17 September 2020.  Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, MPKj dan dihadiri seramai 80 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan.

 

Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Tuan Haji Abdul Razak Bin Deraof dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Selangor.

 

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada warga kerja Majlis Perbandaran Kajang mengenai nilai integriti dalam organisasi selain memberi pendedahan mengenai risiko rasuah, penyelewangan, salah guna kuasa dan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

 

Diharap dengan adanya taklimat ini, dapat membentuk peribadi yang ikhlas, amanah dan benar dalam perkhidmatan awam serta dapat memantapkan integriti warga kerja Majlis Perbandaran Kajang.