MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Program Integriti:Taklimat Membentuk Peribadi Yang Ikhlas, Amanah Dan Benar Dalam Perkhidmatan Awam pada 25hb. September, 2019.  Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 124 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan.

Taklimat disampaikan oleh PPs Mohd Zamir Ahmad Zubid dari agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penceramah menerangkan tentang perkongsian maklumat serta pandangan berkenaan fungsi SPRM, jenis – jenis rasuah, isu – isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta kesan dan akibat daripada perbuatan jenayah tersebut.

Diharap dengan adanya taklimat ini dapat membentuk peribadi yang ikhlas, amanah dan benar dalam perkhidmatan awam serta dapat memantapkan integriti warga kerja Majlis Perbandaran Kajang.

integriti