MENU

Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan pada 23hb. April 2019 (Selasa) di Perpustakaan Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Kajang & Bangi) dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini dianjurkan ialah Sempena Hari Buku Sedunia. Ini merupakan acara tahunan dan berjalan serentak di 14 buah negeri dengan menyasarkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Ianya juga bertujuan menyemai budaya membaca di kalangan masyarakat serta diinspirasikan daripada Kempen Earth Hour supaya orang ramai memadamkan lampu selama sejam untuk menyelamatkan bumi dari masalah ketirisan lapisan ozon.

Aktiviti yang turut diadakan ialah pertandingan teka silang kata dan pertandingan mewarna oleh kanak-kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang. Aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit ini turut diadakan serentak di setiap jabatan bermula pada pukul 11 pagi.

Pihak yang terlibat sama ialah pegawai-pegawai, ahli majlis, kakitangan, kanak-kanak taska, guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, semoga program ini dapat memberi pengetahuan walaupun membaca selama 10 minit dapat memberi impak dan minat membaca yang berterusan.

jombaca