MENU

Program Kekeluargaan @ Kerja (Parenting@Kerja) Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih telah diadakan pada 16hb. Mac 2019 (Sabtu) dan bertempat di Bilik Seminar, Taman Pelangi Semenyih. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai kepentingan dalam mengimbangi peranan serta tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memberi kemahiran/panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga.

Sebanyak 60 orang yang hadir termasuk peserta, penceramah dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah Kenali Fitrah, Satu Badan Banyak Topi, Keibubapan Kreatif/Disiplin, Kebapaan & Keibuan dan Pengurusan Stress.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menguruskan keluarga dan kerjaya disamping mengelakkan stress.

kekeluargaan