MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Program Kesedaran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 01hb. Disember, 2014 (Isnin).  Program diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri  seramai 71 orang kakitangan MPKj dari pelbagai peringkat dan jabatan. Program disampaikan oleh Encik Sahrin bin Mustapha dari Majlis Kanser Nasional.  

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang sejarah dan misi MAKNA, statistik kanser, aktiviti – aktiviti MAKNA, pencegahan kanser, cara mendapatkan bantuan MAKNA dan lain - lain. Selain itu diadakan Program Sumbangan Debit Langsung kepada kakitangan yang berminat untuk menderma.
 
Diharapkan dengan adanya program ini, kakitangan dididik mengenai kanser dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

pic