MENU

Pada 31 Disember 2016, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tourism Selangor (TSSB) dan Dusun Tua Cycling Team (DTCT) telah mengadakan acara berbasikal King Of Mountain 2016 (KOM PERAS 2016). Acara yg julungkali diadakan di daerah Hulu Langat telah menarik minat peminat berbasikal dari dalam dan luar negara untuk menyertai KOM 2016.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh En Kamaruzaman Bin Salimin, Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj selaku wakil Yang DiPertua MPKj. Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk mempromosi Hulu Langat sebagai destinasi pelancongan dan juga sukan berbasikal (Sport Tourism)

King Of Mountain merupakan perlumbaan berbasikal khusus mendaki bukit dimana penamat bagi acara ini di puncak Genting Peras berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Jarak kayuhan sejauh 34km bermula dari BATU 18 menuju ke Sg. Tekali  dan berakhir di puncak Genting Peras. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Kajang, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pejabat Kesihatan Daerah Kajang dan syarikat-syarikat korporat.

PECAHAN PESERTA KING OF MOUNTAIN PERAS 2016 MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI UMUR BIL PESERTA
MTB - MEN JUNIOR 14 - 18 30
MTB - MEN OPEN 19 - 35 80
MTB - MEN JUNIOR MASTER 36 - 45 70
MTB - MEN SENIOR MASTER 46 DAN KEATAS 40
MTB - WOMEN OPEN TERBUKA 30
MTB - HEAVEYWEIGHT TERBUKA 23
ROAD BIKE - MEN OPEN 18 - 35 50
ROAD BIKE - MEN JUNIOR MASTER 36 - 45 75
ROAD BIKE - MEN SENIOR MASTER 46 DAN KEATAS 50
JUMLAH   448

 

PERSERTA DARI LUAR NEGARA

IAN JOHNSTON 518337641 2/18/1988 Male IMJ RACING United Kingdom
SIMON JOHN MICHAEL COOK 761290864 3/2/1979 Male INDIVIDU United Kingdom
YO KIMOTO TK8780248 11/10/1980 Male TEAM JAPAN BOLEH Japan
TAKAHASHI MASANORI TZ0641089 6/30/1968 Male INDIVIDU Japan

kom_peras