MENU

Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MPKj telah mengadakan Program Majikan Prihatin Bersama Bekas Kakitangan Majlis Daerah Hulu Langat/Majlis Perbandaran Kajang Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1437H/2016 pada 27hb. Jun, 2016 bermula jam 2.30 petang.

Program yang diadakan ini melibatkan 10 buah keluarga kakitangan yang sedang mengidap penyakit kronik dan sedang menerima rawatan susulan serta kurang berkemampuan. Kakitangan ini sebelum bersara merupakan kakitangan bawahan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan keringat demi memberi perkhidmatan yang baik.

Program separuh hari ini dijalankan dengan melawat bekas kakitangan ke rumah masing-masing. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Mohd. Sayuthi Bin Bakar s.m.s  telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dapur dan wang tunai kepada bekas kakitangan Majlis Perbandaran Kajang. Turut serta adalah Pen. Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat En. Mohd. Shahril Bin Rapkah dan wakil Kelab Sukan dan Kebajikan En. Hafiz Bin Mazlan.

Diharap dengan program sebegini dapat merapatkan hubungan walau pun bekas kakitangan tidak lagi berkhidmat di MPKj. Selain daripada itu bekas kakitangan ini dapat merasakan bahawa mereka masih lagi dihargai.
 

majikan_prihatin