MENU

Program Pemeriksaan Gigi Kanak-Kanak Taska  Majlis Perbandaran Kajang Bil 2/2018 telah diadakan pada 6hb. September 2018 (Khamis) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kajang.

Program pemeriksaan gigi kanak-kanak taska ini bertujuan untuk mengawal penyakit gigi di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan penyelia/guru-guru taska menjalankan latihan memberus gigi secara harian di taska.

Sebanyak 30 orang yang hadir termasuk jururawat, kanak-kanak taska (berumur 2, 3 dan 4 tahun), pengasuh taska dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah pemeriksaan gigi dan sapuan florida pada gigi.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan gigi di kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia.

pemeriksaangigi