MENU

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak Dan Taklimat Penyakit Berjangkit  Taska Majlis Perbandaran Kajang 2019 dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sg. Chua telah diadakan pada 21hb. Februari 2019 (Khamis) dan bertempat di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Program ini bertujuan untuk membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak tentang taraf kesihatan mereka. Ibu bapa/penjaga juga diberi pengetahuan betapa penting nya tahap penjagaan kesihatan di kalangan anak-anak mereka serta penyakit yang boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Di samping itu mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya penjagaan kesihatan.

Sebanyak 80 orang yang hadir termasuk doktor, jururawat, ibu/bapa kanak-kanak taska, kanak-kanak taska (berumur 2 - 4 tahun), guru taska dan urusetia  bagi program ini.

Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah persembahan slaid,  ceramah vaksin dan kesihatan serta ceramah penyakit berjangkit dan pemeriksaan kutu.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan pencegahan dari awal di kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia.

taska