MENU

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang 2017 telah diadakan pada 13hb April 2017 (Khamis) dan bertempat di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kajang.

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-kanak Taska ini bertujuan untuk membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak tentang taraf kesihatan mereka. Di samping itu mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya penjagaan kesihatan.

Sebanyak 70 orang yang hadir termasuk doktor, jururawat, ibu/bapa kanak-kanak taska, kanak-kanak taska (berumur 2 - 4 tahun), guru taska dan urusetia  bagi program ini.

Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah persembahan slaid,  ceramah vaksin dan kesihatan, gaya hidup sihat, taklimat & demo cara-cara membersihkan kutu di kepala, cara-cara mencuci tangan dengan bersih dan pemeriksaan badan kanak-kanak.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia.

taska