MENU

 

23 Januari 2022 -Telah berlangsung satu Program Pesta Ponggal yang dianjurkan oleh Ahli Majlis MPKj Zon 20, En. Hanafi Bin Jalalludin bersama Ketua Komuniti Dun Semenyih dan NGO Dewi. Program ini juga turut dihadiri oleh En Ramachandran MPP Zon 21, Puan Fizura Hanim MPP Zon 14, Tuan Ins Sahar Ketua Balai Polis Semenyih dan wakil-wakil persatuan penduduk dan KRT di sekitar MPP Zon 20 serta pimpinan masyarakat bertempat di Semenyih Sentral.
 
Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah apabila para peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa hadir berpakaian tradisional India seperti saree. Sebanyak 30 periuk berjaya dimasak dan melibatkan sekitar hampir 100 orang peserta. Masing-masing didedahkan dengan sejarah adat budaya India dan merasai sendiri cara memasak pongal. Disamping itu, turut diadakan aktiviti permainan Pecah Periuk yang mendapat sambutan dan meriah.
 
Semoga dengan adanya program sebegini dapat memupuk semangat perpaduan kepelbagaian bangsa khususnya masyarakat di Selangor ini.