MENU

Program Santuni Sahabat AKRAB telah diadakan pada 20hb. April, 2018 mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Perpustakaan Majlis Perbandaran Kajang. Program ini adalah anjuran AKRAB MPKj bersama Unit Latihan.

Objektif program adalah untuk membantu individu menguruskan masa dan meningkatkan prestasi kerja. Santuni Bersama AKRAB diadakan secara berkelompok. Seramai 7 orang terlibat di dalam program ini.. Selain itu dapat mengeratkan hubungan sillaturahim dan memperkenalkan peranan AKRAB di organisasi.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ta’aruf di mana peserta diminta menjalankan aktiviti bagi mengenali diri sendiri. Selain itu peserta diberi tugasan untuk mengenalpasti aktiviti yang dilakukan dalam masa satu (1) hari dan menilai kemanafaatan kepada diri sendiri dan organisasi.

Sepanjang program dijalankan, peserta telah menyuarakan pandangan dan memahami betapa pentingnya menguruskan masa dengan baik agar prestasi kerja peserta dapat ditingkatkan dengan lebih cemerlang. Program ini berakhir jam 1.00 tengah hari.

akrab