MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Sempena Sambutan Hari Integriti Majlis Perbandaran Kajang yang bertajuk “Kerjaya, Integriti dan Rezeki yang Berkat” pada 11 November 2021 secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet” dan “Youtube Live” yang disampaikan oleh Encik Ahmad Nuri Bin Muda, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Pencegahan SPRM Selangor dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di MPKj.

Program ini sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di MPKj, dalam usaha membudayakan integriti dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang.

Taklimat tersebut juga turut menyentuh perihal integriti dikalangan penjawat awam, isu-isu terkini mengenai rasuah, kesalahan-kesalahan rasuah dan hukuman, pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan penawaran rasuah serta saluran yang wujud untuk melaporkan rasuah serta kes-kes yang melibatkan perolehan dalam sektor awam. Penceramah juga berkongsi formula yang boleh mendorong seseorang tersebut terjebak dengan amalan rasuah iaitu kuasa dan peluang tanpa integriti akan mendorong kepada amalan rasuah.

Adalah diharapkan agar semua warga kerja MPKj dapat memahami, menghayati dan menghindari diri daripada amalan rasuah yang bertentangan dengan integriti dan kelakuan sebagai penjawat awam.