MENU

Program Sisa Sifar Sekolah-Sekolah Kawasan Semenyih (Local Agenda 21) bagi Dun Semenyih telah diadakan pada 22 Julai 2016 (Jumaat) dan bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Rinching. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dan dirasmikan oleh Encik Izuddin Bin Ramli, Pemangku Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak manusia mencontohi kitaran alam semulajadi di mana semua bahan buangan adalah sumber untuk kegunaan lain. Pelaksanaan konsep ini bermakna kita akan mengurangkan pembuangan sisa buangan ke alam semulajadi/tapak pelupusan sampah. Secara mudah konsep ini mengajak kita supaya memaksimumkan kitar semula, meminimakan sisa lebihan, mengurangkan penggunaan dan memastikan setiap barangan yang dihasilkan boleh diguna semula, dibaiki, dikitar dan dikomposkan.

Aktiviti semasa program ini diadakan ialah penyampaian tong-tong kompos kepada pihak sekolah & kantin dan taklimat kaedah kompos daripada Syarikat SriGunung.

Pihak yang terlibat sama ialah Ahli Majlis,  Penyelia Kanan HEM Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Guru-Guru, Pengusaha-Pengusaha Kantin Sekolah, Syarikat Pembinaan Sri Gunung dan Majlis Perbandaran Kajang.    

Oleh yang demikian, diharap program ini dapat membantu memelihara alam sekitar malah memperolehi manfaat dalam bentuk penjimatan kos operasi atau harian.

sisa_sifar