MENU

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan  Program Training Of Trainers (TOT) AKRAB Dan Bengkel Penutupan Program Pementoran Tahun 2018 pada 19 Disember 2018.  Kursus ini telah diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Kursus dihadiri seramai 50 orang kakitangan yang terdiri daripada ahli AKRAB dan peserta mentor dan menti yang telah dilantik untuk menjayakan Program Pementoran. Program ini dikendalikan oleh Encik Rinatho Bin Nuchi, Pengawai Psikologi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Tujuan program ini diadakan untuk memperkasakan dan melancarkan gerak kerja AKRAB dalam memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan kepada rakan sekerja dan menjadikan suatu asas bagi melonjakkan keberkesanan penyampaian ke arah kecemerlangan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya, taklimat fungsi dan peranan AKRAB serta Program Pementoran. Peserta kursus juga diberi panduan cara mengendalikan buku laporan mengikut standard yang telah ditetapkan .

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi mengukur pencapaian Program AKRAB dan Program Pementoran yang berkualiti dan berjaya.

akrab