MENU

Program World #QuranHour & Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Majlis Perbandaran Kajang 2019 telah diadakan pada 30hb. Mei 2019 (Khamis) di Surau Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Kajang & Bangi) dan dirasmikan oleh Tuan Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini dianjurkan ialah menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal. Ia sebuah usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada Al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan.  

Aktiviti yang turut diadakan ialah Tazkirah Ramadhan 1440H, Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian saguhati kepada peserta khatam Al-Quran.

Pihak yang terlibat sama ialah pegawai-pegawai, kakitangan serta urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, semoga usaha ini berterusan setiap tahun dan mampu memberi kesan positif kepada ummat Islam.

quranhour