MENU

Program Ziarah Muhibbah Majikan Prihatin Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 telah diadakan pada 26hb. April 2020 (Isnin) bertempat di kediaman pesara MPKj. Program ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang.

Program Ziarah Muhibbah Majikan Prihatin Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 ini bertujuan memberi peluang majikan menyantuni pesara-pesara MPKj serta keluarga kakitangan yang telah meninggal dunia dengan menghulurkan sedikit sumbangan keperluan makanan asas harian di kediaman mereka pada bulan Ramadhan ini. Program sebegini juga dapat menghubungkan semula majikan dengan kakitangan setelah tamat tempoh perkhidmatan kakitangan MPKj dan menghargai golongan pesara sebagai warga emas yang telah berjasa dalam perkhidmatan di MPKj.

 

Sumbangan program Ziarah Muhibbah Majikan Prihatin Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 ini disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua dengan diiringi pengarah-pengarah dan pegawai - pegawai kanan jabatan MPKj.