MENU

Satu sesi rakaman video bacaan Yassin telah diadakan di Surau Tingkat 3, Majlis Perbandaran Kajang pada 12 Mac 2021 (Jumaat) pada jam 8.30 pagi. Sesi rakaman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan 100BPM yang dianjurkan oleh pihak PLANMalaysia melibatkan semua PBT di Malaysia. Rakam video ini dilaksanakan dengan kerjasama dari Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, MPKj dan akan ditayangkan semasa Majlis Perlancaran 100 Tahun Perancang Bandar Di Malaysia. Sesi rakaman ini berakhir pada jam 10.00 pagi.