MENU

Sambutan Rumah Terbuka  Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)  meriah dengan kehadiran kakitangan Majlis Perbandaran Kajang bersama keluarga yang telah diadakan pada 28 Jun 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Seri Cempaka , Saujana Impian Kajang. Majlis bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Pelbagai menu jamuan raya dihidangkan antaranya nasi beriani, kambing golek, sate kajang, lemang dan nasi impit, yong tau foo, laksa, cendol, apam balik, kue tiaw dan mee goreng, buah-buahan potong, putu mayam, kuih-muih goreng, tempe dan aiskrim.

Turut menyerikan majlis kehadiran tetamu jemputan, YDH  Tuan Abd Jalil B.Dato’ Ungku Abd Rani, Orang Besar Daerah Hulu Langat,  Y.Brs Tuan Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat, YB Tuan Hasanuddin Bin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat, Adun dan Ahli Majlis, Yang Dipertua dan Datuk Bandar PBT Selangor  serta Pengarah Agensi Daerah Hulu Langat. MPKj turut menjemput penduduk berhampiran Dewan Saujana Impian, syarikat-syarikat pemaju serta perunding.

Suasana Rumah Terbuka MPKj bertambah meriah dengan adanya pertandingan Gerai Jamuan Tercantik, Teka Berat Lemang dan Pasangan Pakaian Secocok. Jabatan Landskap & Rekreasi telah memenangi tempat pertama bagi Gerai Jamuan Tercantik diikuti oleh Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat MPKj, Jabatan Perancangan Pembangunan, Kejuruteraan dan Perbendaharaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Dato’ Haji Rosli Bin Othman berkata, dengan kerjasama dan sokongan semua pegawai dan kakitangan di Jabatan-jabatan dapat memberikan satu idea inovasi dalam mencipta gerai-gerai jamuan dengan lebih kreatif dan semangat berdaya saing.

raya