MENU

Sapuan Florida Varnish Gigi Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang telah diadakan pada 2hb Jun 2016 (Khamis) dan bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kajang.

Program ini bertujuan untuk mengawal penyakit gigi di kalangan kanak-kanak dan mengembalikan kekuatan struktur gigi yang terbabit dengan pembentukan karies peringkat awal.

Sebanyak 50 orang yang terlibat bagi program ini termasuk jururawat, kanak-kanak taska (mempunyai gigi), pengasuh taska dan urusetia.

Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah pemeriksaan gigi dan sapuan florida varnish ke atas gigi kanak-kanak.

Diharapkan dengan adanya rawatan awal ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan gigi di kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia.

pic