MENU

Susulan pengesanan beberapa kes positif COVID-19 di kalangan peniaga dan pekerja pasar di sekitar Lembah Klang, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang kini dalam proses melakukan saringan terhadap semua peniaga dan pekerja Pasar Kajang.

Program tersebut telah dijalankan pada 18 Mei 2020 bertempat di Dewan Seri Cempaka MPKj Saujana Impian.

Kesemua peniaga dan pekerja diminta menjalani saringan ini sebelum dibenarkan bekerja semula. Semua pihak yang hadir perlu memberi kerjasama dengan pihak KKM dengan berkata benar dan berlaku jujur bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

saringcovid