MENU

Seminar Kita Bangkit: Kewibawaan Wanita Membawa Imej Negara Dan Budaya Bangsa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tahun 2021 telah diadakan pada 17hb. Julai 2021 (Sabtu) secara dalam talian. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Wanita Wanita Bahagian Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang dan Pertubuhan Wanita Anggun Bestari (NGO Wanita).

Seminar Kita Bangkit: Kewibawaan Wanita Membawa Imej Negara Dan Budaya Bangsa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tahun 2021 ini bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan dan memberi kesedaran bahawa ada undang-udang khusus untuk melindungi wanita dalam perundangan islam dan civil. Mempertingkatkan tahap keyakinan diri terhadap kebolehan/potensi serta keupayaan dalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan ilmu dan kemahiran diri bagi golongan wanita. Mengubah persepsi wanita kepada kehidupan yang lebih positif.

Diharapkan dengan adanya seminar ini, membantu peserta tanpa mengira mereka berada di tahap mana dalam untuk menjadi lebih berkemahiran, berilmu, berkeyakinan dan menjadi seorang wanita yang serba boleh.