MENU

Seminar Pengurusan Imej & Penjenamaan Diri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tahun 2021 telah diadakan pada 18hb. Julai 2021 (Ahad) secara dalam talian. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Wanita, Bahagian Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang dan Pertubuhan Wanita Anggun Bestari (NGO Wanita).

Seminar Pengurusan Imej & Penjenamaan Diri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tahun 2021 ini menekankan kepada peserta tentang peri pentingnya penjagaan imej dan penampilan seterusnya mengukuhkan penjenamaan diri. Ianya membantu menaikkan keyakinan diri dalam hidup dan kerjaya, menjadikan imej diri sebagai lambang kepercayaan organisasi dan mengukuhkan jenama diri yang profesional yang dapat memberikan impak dalam setiap perkara yang dilakukan.

Diharapkan dengan adanya seminar ini, membantu peserta tanpa mengira mereka berada di tahap mana dalam untuk menjadi lebih berilmu, berkeyakinan dan menjadi seorang wanita yang serba boleh serta kekuatan peribadi serta stail yang betul dalam pemakaian dan penampilan.