MENU

Sukaneka Taska Majlis Perbandaran Kajang 2016 telah diadakan pada 12 November 2016 (Sabtu) dan bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini ialah untuk menggerakkan motor halus dan kasar kanak-kanak, mencungkil bakat, potensi yang ada dalam diri kanak-kanak, mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak, melahirkan perasaan gembira dan bersatu padu di antara kanak-kanak dan melahirkan perasaan ingin mencuba dalam diri kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti semasa sukaneka ini diadakan ialah bawa bola ping pong dalam sudu, tiup belon sampai pecah, tarik bola guna gelung, isi air dalam botol guna span, acara terbuka rebut gula-gula dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Seramai 100 orang yang hadir termasuk ibu bapa/ penjaga, anak-anak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Oleh yang demikian, diharap sukaneka ini dapat memberi semangat kepada anak-anak untuk terus aktif bersukan dalam kehidupan seharian.

sukaneka