MENU

Unit Latihan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Ceramah Sempena Hari Sumber Manusia Dan Inovasi Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2015 – Taklimat Budaya Kerja Cemerlang pada 16hb. Oktober, 2015. Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 100 orang kakitangan dari pelbagai kumpulan dan jabatan. Agensi – agensi luar juga dijemput untuk menghadiri taklimat ini. Taklimat disampaikan oleh Encik Feisal bin Mohamad Ali dari Kementerian Dalam Negeri.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membina semangat anggota perkhidmatan awam dan meningkatkan kualiti serta prestasi perkhidmatan awam. Penceramah mengaitkan budaya kerja cemerlang dari segi cara hidup, berfikir, kelakuan, bekerja, beramal, nilai – nilai komunikasi dan lain – lain.

Nilai budaya kerja yang cemerlang dapat mewujudkan kakitangan yang menghasilkan perkhidmatan yang bermutu dan memberi kepuasan kepada pelanggan / pengguna.

pic