MENU

Taklimat Hands-On Gerbang Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets 2.0) Tahun 2021 telah diadakan pada 11hb Mac 2021 (Khamis) di Bilik Latihan ICT MPKj, Metro Avenue kepada 24 orang Pembantu Tadbir Ahli Majlis Zon Majlis Perwakilan Penduduk.

Tujuan taklimat ini adalah memberi pengetahuan berhubung pelaksanaan MURNInets 2.0 untuk menilai pengukuran tahap kemapanan bandar Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat kebangsaan. Pembantu Tadbir Ahli Majlis diminta menjalankan kajian soal selidik secara talian bersama penduduk di kawasan zon MPP masing-masing bagi penilaian kepuasan penduduk terhadap perkidmatan PBT dan indeks kebahagiaan penduduk.

Pelaksanaan soal selidik ini adalah selaras dengan keperluan penilaian Indikator Sistem Penarafan Bintang PBT dan membantu PBT untuk mengukur tahap kepuasan penduduk bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dari semasa ke semasa. Tempoh pelaksanaan kajian soal selidik secara talian tersebut telah bermula sehingga tarikh tamat pada 30hb Jun 2021.