MENU

Unit Latihan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Ceramah Sempena Hari Sumber Manusia Dan Inovasi Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2015 – Taklimat Korupsi Dan Ekonomi pada 15hb. Oktober, 2015. Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 109 orang kakitangan dari pelbagai kumpulan dan jabatan. Selain itu agensi luar juga dijemput untuk menghadiri taklimat ini.  Taklimat disampaikan oleh Tuan Celemans bin Haji Kasim dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan nilai integriti dan mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang efektif di MPKj. Antara yang diterangkan oleh penceramah ialah definisi rasuah serta mengaitkannya dengan isu – isu semasa berkaitan rasuah / korupsi.

Diharapkan dengan adanya taklimat ini, dapat mewujudkan keutuhan peribadi yang positif di kalangan penjawat awam.

pic