MENU

Pada 5hb. Disember 2019, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Taklimat Pelan Persaraan Penjawat Awam Melalui Pelaburan Hartanah di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj.

Taklimat disampaikan oleh Encik Muhammad Syahmi bin Nor’en dari Koperasi Hartanah Anggun Berhad. Seramai 115 orang kakitangan daripada pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri taklimat ini.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan perumahan yang mampu dimiliki oleh kakitangan sektor awam yang berkelayakan dan seterusnya memberi pencerahan mengenai kelebihan pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Semoga dengan adanya taklimat ini dapat membantu peserta mendapat input serta membantu membuat persediaan awal memliki rumah mampu milik.

taklimat