MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Taklimat Pencegahan Kebakaran pada  29hb. Disember, 2014 (Isnin).  Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj. Taklimat dihadiri seramai 68 orang kakitangan dari pelbagai peringkat dan jabatan terutama kakitangan yang menganggotai Skuad PANTAS, J/Kuasa Kebakaran, J/Keselamatan Dan Kesihatan, MPKj. Taklimat disampaikan oleh Encik Jeffery Chin dari Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada warga kerja MPKj tentang teknik – teknik mengurangkan risiko kematian dan kecedaran sekiranya berlaku kebakaran serta menjadikan kehidupan dan persekitaran kerja yang lebih selamat. Selain itu diterangkan juga cara penggunaan alat pemadam api yang betul dan talian kecemasan yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kebakaran.

Diharap dengan adanya taklimat ini, kakitangan mendapat maklumat yang berguna dan dapat mengaplikasikan di rumah serta di tempat kerja.

pic