MENU

Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Taklimat Pencegahan Kebakaran pada 19hb. Disember, 2017.  Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 191 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Taklimat disampaikan oleh Puan Brenda Suah Mei Yee dari Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur.

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk mengendali dan memperincikan pelan pengungsian kebakaran seperti memupuk budaya mencegah kebakaran, keperluan menyimpan nombor telefon balai bomba berhampiran, memperoleh teknik umum, keupayaan untuk menyelamat diri ketika kebakaran dan lain – lain lagi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat melalui slide, cara menggunakan pemadam api dan soal jawab bersama peserta.

Diharap dengan adanya taklimat ini dapat memberi input kepada peserta serta dapat melaksanakan yang terbaik bagi memerangi kehilangan harta benda dan kematian yang mungkin berpunca dari kebakaran satu hari nanti.

kebakaran