MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Taklimat Pengungsian Bangunan MPKj pada 03 - 04hb. Julai, 2018.  Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur dan dihadiri seramai 37 orang kakitangan MPKj yang telah dilantik sebagai Ahli Pasukan Tindakan Kecemasan Kebakaran MPKj. Taklimat disampaikan oleh Tuan Norzaidi bin Din dari Jabatan Bomba Dan Peyelamat Kajang.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk melatih kakitangan kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan / kebakaran di tempat kerja, meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan menggerakkan organisasi bila berlaku kecemasan. Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan melalui slide show, latihan simulasi pengungsian bangunan dan latihan demonstrasi pemadaman api.  

Diharap dengan adanya taklimat ini, dapat mendedahkan kepada kakitangan pengalaman langsung menghadapi kebakaran dan menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

kebakaran