MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi Peringkat MPKj pada 28hb. Ogos, 2015. Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 113 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan.  Taklimat disampaikan oleh Puan Monarita bt Junaidi dari Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan tentang pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit.  Antara yang diterangkan oleh penceramah ialah tentang amalan membuat bajet, menabung, berjimat – cermat, elakkan dari membuat hutang serta kad kredit, dan membuat pelaburan bagi kakitangan yang bersara.

Diharap dengan adanya taklimat ini akan membuatkan kakitangan berbelanja dengan berhemah.  seperti membuat perancangan kewangan, belanja mengikut kemampuan, dapatkan bantuan awal dan hanya berurusan dengan institusi yang sah.

pic