MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Taklimat Tatacara Permohonan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam pada 21 Julai 2020 di Teater Mini Tingkat 6 Majlis Perbandaran Kajang. Seramai 90 orang kakitangan MPKj telah menghadiri kursus ini termasuk urusetia yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan.

Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan pembiayaan perumahan sektor awam yang berkelayakan seterusnya memberi pencerahan mengenai kelebihan pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA.

Dengan adanya taklimat seumpama ini diharapkan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang dapat memudahkan kakitangan sektor awam untuk memiliki aset perumahan melalui kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA.

lppsa