MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Taklimat Tatacara Permohonan Perumahan Hartanah Selangor pada 21 Julai 2020 di Teater Mini Tingkat 6 Majlis Perbandaran Kajang. Seramai 90 orang kakitangan MPKj telah menghadiri kursus ini termasuk urusetia yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kaedah permohonan perumahan hartanah selangor meliputi syarat kelayakan, jenis penawaran, dan urusan dokumentasi yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor. Selain itu, sesi soal jawab juga telah diadakan bagi membantu kakitangan yang hadir untuk membuat pertanyaan tentang status permohonan serta pencerahan lain yang berkaitan.

Semoga dengan adanya taklimat ini dapat menggalakkan kakitangan untuk memiliki aset perumahan dan permohonan tersebut dapat dilakukan dengan jayanya.

lphs