MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Taklimat Zakat – “Mudah Semuanya Selesai” pada 29hb. April, 2016.  Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 95 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Sabri bin Mat Nor dari Lembaga Zakat Selangor.

Antara yang diterangkan oleh penceramah ialah syarat – syarat wajib zakat, golongan yang berhak menerima zakat, jenis – jenis zakat, pengiraan zakat dan lain – lain lagi. Selain itu diadakan soal jawab bersama penceramah dan diselitkan kuiz untuk kakitangan menjawab soalan berkaitan zakat.

Diharap dengan adanya taklimat ini dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan dan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

pic