MENU

Kajang - 26 April 2020 melalui kerjasama MPKj dan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan tapak dan lokasi kepada peniaga-peniaga yang menjual barangan basah segar seperti hasil laut, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, dan produk industri asas tani.

Pada pagi ini, EXCO Kerajaan Negeri Selangor YB Tuan Ir Izham bin Hashim telah hadir ke Laman Niaga Komuniti Bangi meninjau perjalanan dan pelaksanaan operasi pasar segar terkawal ini. Majlis pada pagi ini juga dihadiri Pemangku Yang Dipertua MPKj YBrs. Tuan Hj Najmuddin bin Jemain bersama YBrs. Tuan Yusri bin Zakariah Pegawai Daerah Hulu Langat serta YB Tuan Mazwan bin Johar ADN Sg. Ramal.

Untuk makluman, pasar ini diadakan 2 kali seminggu iaitu pada Rabu dan Ahad dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Cara pembelian boleh dilaksanakan dengan dua kaedah iaitu melalui kaedah 'pandu-lalu' dan pra pesanan melalui aplikasi WhatsApp di talian 01133372170.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB EXCO dan juga semua agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan pasar segar terkawal ini.

agro