MENU

MAKLUMAN

Untuk menambahbaik perkhidmatan Bas Smart Selangor, MPKj telah membuat pindaan laluan KJ04 (Kompleks Perhentian Kajang – Pusat Bandar Baru Bangi - Dataran Gemilang, Putrajaya) kepada laluan KJ04 (Kompleks Perhentian Kajang – Pusat Bandar Baru Bangi) bermula pada 1hb Januari 2022. Pindaan laluan KJ04 ini bermula dari Kompleks Perhentian Kajang, Seksyen 4, Seksyen 3, Seksyen 16 dan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Sebanyak 2 buah bas akan beroperasi bermula dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Dengan adanya perkhidmatan bas percuma di laluan ini dapat memberi kemudahan pengangkutan tambahan khusus kepada penduduk dan pengguna di sekitar Seksyen 3, Seksyen 4 ke Pusat Bandar Baru Bangi.

#Smartselangor #Baspercuma

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 Januari 2022 - 3:33pm