MENU

Apakah itu laman web iSelamat.my?

Laman web iSelamat.my merupakan laman web rasmi yang memaparkan info jenayah bagi balai polis di  kawasan kejiranan dan sekitar komuniti dalam bentuk peta (crime mapping). Ia direka bentuk bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat jenayah dengan mudah dan pantas.

Laman web ini juga menyediakan panduan dan tips pencegahan jenayah yang boleh diamalkan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti. Maklumat-maklumat penting keselamatan seperti nombor telefon balai polis dan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) turut disediakan bagi mempercepatkan respon dan tindakan dari pihak berkuasa.

Apakah tujuan iSelamat.my dibangunkan?

  • Berkongsi maklumat rasmi jenayah dalam sempadan balai polis kepada orang awam
  • Memudahkan perhubungan antara komuniti dan pihak berkuasa keselamatan
  • Memudahkan perancangan tindakan dan langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah
  • Merapatkan hubungan komuniti dan pihak penguat kuasa keselamatan
  • Memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat jenayah dengan pantas dan mudah; dan
  • Meningkatkan persepsi rasa selamat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan laman iSelamat.my sila klik pada pautan tersebut.