MENU

KELAB GOLF

5

Sg. Long Golf & Country Club

Sungai Long Golf Course ialah lapangan golf antarabangsa yang pertama di Malaysia yang di reka bentuk oleh Jack Nicklaus. Berkeluasan 160 ekar dan mempunyai 18 holes par. Terletak di Bandar Sungai Long, Cheras, ianya hanya 15 minit daripada ibukota Kuala Lumpur. Dibuka secara rasmi pada November 1992 dan dibuka semula pada Januari 2013 setelah menjalani pengubahsuaian besar-besaran termasuk menaik taraf keseluruhan lapangan golf. Disini juga terdapat pelbagai kemudahan lain seperti gym, gelanggang badminton, squash, tennis dan bola keranjang, kolam renang bersaiz Olimpik serta Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa.

 

2

Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resorts ialah lapangan golf yang mempunyai 27 holes dan di reka bentuk oleh Ronald W. Fream yang telah mereka bentuk tidak kurang 10 daripada 50 lapangan golf terbaik di dunia. Terletak di tengah Bandar Baru Bangi dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Putrajaya dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Mudah diakses dari lebuhraya PLUS, LDP, SKVE dan SILK. Disini juga terdapat kemudahan lain seperti clubhouse, dewan untuk majlis kahwin serta bilik mesyuarat lain-lain saiz. Terdapat 2 dewan besar iaitu dewan anggerik dan kenanga yang boleh memuatkan sehingga 500 orang pada satu-satu masa. Di sini juga ada menyediakan buffet sempena bulan Ramadan yang boleh memuatkan sehingga 2000 orang pada satu-satu masa.

3

 Impian Golf & Country Resort

2

UKM Recreational Golf Club

Danau Golf merupakan lapangan golf yang dimiliki oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun, pada 1/7/2022 yang lepas, syarikat Hati Muda telah mengambil alih pengurusan Danau Golf Resorts daripada Kelab Sukan dan Rekreasi UKM. Danau Golf Club UKM ialah lapangan golf yang mempunyai 18 holes yang telah siap diubah suai sepenuhnya pada 2011. Pada tahun 2015, Danau Golf Club telah diundi sebagai lapangan golf yang terbaik di Malaysia kerana permukaannya yang mencabar dan juga telah diselenggara dengan baik. Mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur dan terletak di dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Disini juga terdapat kemudahan lain seperti clubhouse, driving range, kolam renang, gelanggang tennis dan juga dewan yang berlainan saiz.