MENU

andrei
Nama : Sr. Mohamad Andrei Tan bin Bibit
Emel   : andreitan [at] mpkj [dot] gov [dot] my

 

Objektif
Mengenalpasti harta dan menilai semua harta yang terdapat di dalam kawasan MPKJ dengan adil mengikut prinsip dan kaedah penilaian yang telah ditetapkan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) di samping menambahkan pendapatan hasil untuk Majlis.

 

Visi
Menguatkuasa cukai taksiran ke atas semua pegangan harta di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang.

 

Misi
Mempertingkatkan kutipan hasil.

Fungsi

  • Memastikan segala penilaian dibuat berdasarkan kepada sasaran kutipan bagi setiap setengah tahun pertama dan kedua.
  • Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan cukai taksiran ke atas harta-harta yang baru memperolehi  Sijil Kelayakan Menduduki dan Borang F dari arkitek.
  • Mengenalpasti tanah-tanah kosong yang terdapat di dalam kawasan operasi untuk dikuatkuasakan cukai taksiran yang bertujuan untuk mengumpul maklumat harta yang boleh dikenakan cukai taksiran bagi menampung perbelanjaan untuk perkhidmatan dan pembangunan.
  • Mengenalpasti dan membuat tindakan susulan ke atas harta-harta milik Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun bagi mengenakan Sumbangan Membantu Kadar.
  • Mengendalikan Mesyuarat Mendengar Bantahan cukai taksiran .
  • Menilai hartanah milik pemaju/individu /pemohon untuk mengenakan caj pemajuan berdasarkan kepada perbezaan nilaian sediada dengan nilai setelah kelulusan pembangunan diperolehi.
  • Mengemaskini maklumat  pemilikan harta melalui proses tukar nama pemilik.

Hubungi Kami
Jabatan Penilaian
Tingkat 4B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87393299