MENU

Unit Integriti, MPKj telah menganjurkan Program Integriti bertajuk “Perkukuh Integriti Dalam Semangat Jiwa Merdeka” pada 18 Ogos 2022 secara bersemuka yang disampaikan oleh Imam Haji Mohd Fazri Bin Haji Ismail, Imam Masjid Jamek Pekan Kajang di Teater Mini Cempaka Tingkat 6, Menara MPKj dihadiri oleh warga kerja MPKj. Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti penjawat awam di pihak berkuasa tempatan khususnya di MPKj. Penjawat awam merupakan tunjang kepada pentadbiran negara.

Keruntuhan integriti dalam kalangan penjawat awam menyebabkan kehilangan pendapatan besar kepada negeri serta negara sekali gus menjejaskan keperluan penyampaian perkhidmatan serta faedahnya kepada pembangunan komuniti secara menyeluruh. Penceramah juga menyatakan bahawa benteng yang paling ampuh dalam menegakkan integriti dan amanah ialah dengan benar-benar memahami serta berpegang teguh kepada ajaran agama. Beliau turut menambah, jika baik sahsiah dan akhlak individu, maka baiklah kerja yang dilakukannya. Sehubungan dengan itu, semua warga kerja MPKj diseru agar memahami serta mengamalkan aspek integriti dalam mewujudkan organisasi yang cemerlang.