MENU

Rabu 23 November 2022, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meneruskan agenda pencegahan rasuah dengan melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Majlis Perbandaran Kajang bagi tahun 2022-2026 di Lobi Menara, MPKj.

Majlis pelancaran ini telah dihadiri seramai kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan Unit MPKj, Tuan PPj Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah Bahagian Pencegahan SPRM Negeri Selangor, Puan Nur binti Sapran @ Shahran, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,                 pegawai-pegawai dari SPRM Negeri Selangor, pegawai-pegawai dari Unit Integriti SUK Selangor, Ahli Jawatankuasa OACP MPKj dan warga kerja MPKj di mana pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Y.Bhg Tuan Haji Najmuddin bin Jemain.

Mengisi program juga adalah sesi ceramah bertajuk “Pengukuhan Integriti Dalam Memahami Tatacara Pencegahan Rasuah Melalui Sistem Kawalan Dalaman” yang telah disampaikan oleh Tuan PPj Azuan bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM Negeri Selangor dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MPKj serta warga kerja MPKj.

Selari dengan hasrat Kerajaan yang inginkan Malaysia dikenali dengan integritinya, bukan kerana rasuahnya Yang Dipertua MPKj berharap warga kerja MPKj komited mendukung aspirasi tersebut bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas rasuah.

Justeru itu, OACP MPKj telah dirangka dengan visi “ke arah melahirkan warga kerja Majlis Perbandaran Kajang yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah” dan misi “memperkasakan governans, integriti dan anti rasuah melalui pengukuhan dan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa” berdasarkan empat (4) bidang keutamaan iaitu pentadbiran, sumber manusia dan pelanggan, pengurusan kewangan dan perolehan, penguatkuasaan dan undang-undang serta kawalan pembangunan. Bagi tujuan tersebut, sebanyak empat (4) strategi dan empat (4) objektif strategik yang telah digariskan serta 22 pelan tindakan perlu dilaksanakan dalam usaha untuk mencapai matlamat OACP MPKj.

OACP MPKj 2022-2026 akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha pembudayaan dan pecegahan rasuah dikalangan warga kerja MPKj khususnya dan Negeri Selangor amnya.

program integriti

program integriti 2