MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan sesi penilaian bagi tiga pertandingan Local Agenda MPKj Tahun 2022 iaitu Anugerah Sekolah Hijau, Pertandingan Kebun Komuniti dan Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai pada 10hb dan 11hb November 2022 di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 4, Tingkat 3A, Menara MPKj. Pertandingan-pertandingan ini dianjurkan bertujuan sebagai inisiatif ke arah penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar disamping sebagai salah satu usaha ke arah pelaksanaan inisiatif hijau dan rendah karbon di kalangan penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Pendaftaran bagi penyertaan ketiga-tiga pertandingan ini telah dibuka pada bulan Mac 2022 dan ditutup pada akhir bulan Oktober 2022. Sebanyak 30 penyertaan telah diterima bagi Anugerah Sekolah Hijau; 21 penyertaan bagi Pertandingan Kebun Komuniti; dan 27 penyertaan bagi Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai telah diterima pada tahun ini.

Sesi penilaian telah dilaksanakan oleh 6 orang juri dari pelbagai Jabatan dan bidang yang berkaitan iaitu dari Jabatan Perancangan Pembangunan; Jabatan Perbendaharaan; Jabatan Landskap dan Rekreasi; Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan; Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam. Turut hadir bersama ialah Encik Mohamad Nor Syafiq Bin Abdul Razak dari Syarikat S & D Oil yang melaksanakan kutipan bagi Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai.

Diharap dengan adanya pertandingan-pertandingan ini dapat memupuk kesedaran masyarakat dalam memelihara alam sekitar dan meningkatkan lagi usaha pelaksanaan rendah karbon di kalangan penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

local agenda 2022