MENU

Terma dan Syarat Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2023

 

SYARAT PENYERTAAN 

  1. Pegangan berstatus kediaman dan di atas nama individu sahaja layak menyertai cabutan bertuah. Pemaju, syarikat atau agensi kerajaan adalah tidak layak untuk mengambil bahagian di dalam program ini.
  2. Pegangan yang dikecualikan/tidak dikenakan cukai bagi tahun 2023 juga tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah. 
  3. Membuat bayaran dari tempoh 1 Januari 2023 sehingga 28 Februari 2023.
  4. Membuat bayaran mengikut jumlah bayaran cukai taksiran setahun dan tanpa tunggakan dan/atau mempunyai lebihan bayaran pada tarikh yang ditetapkan.
  5. Bayaran perlu dibuat di semua saluran pembayaran secara dalam talian. 
  6. Nama pemilik di dalam rekod cukai harta hendaklah sama dengan pemilik terkini. Pemilik perlu melengkapkan maklumat pemilik pada Borang I (Borang Pindah Milik) dan Borang J (Borang Waris) jika data berbeza.
  7. Hanya dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
  8. Penyertaan adalah secara automatik tanpa perlu mengemukakan borang penyertaan.
  9. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.
  10. Setiap pemenang akan dihubungi melalui telefon, penghantaran surat  dan hebahan melalui laman sesawang dan media sosial rasmi MPKj.  
  11. Penerima cabutan bertuah perlu datang menuntut sendiri hadiah kemenangan.
  12. Sekiranya berlaku kematian pada pemilik dalam tahun cabutan, waris yang sah mengikut undang-undang boleh menuntut hadiah kemenangan tertakluk kepada kematian pada tahun cabutan bertuah dibuat. Sekiranya kematian berlaku sebelum tahun cabutan maka kemenangan terbatal secara automatik.
  13. Sebarang maklumat yang tidak dikemaskini/tidak terkini/tiada maklumat di dalam sistem taksiran MPKj maka kemenangan terbatal secara automatik.
  14. Sekiranya terdapat percanggahan antara maklumat yang diberikan oleh pemenang dengan MPKj maka kemenangan terbatal secara automatik.  

Klik di sini  untuk paparan fail PDF

 

Bahagian Hasil
Majlis Perbandaran Kajanng